Destinasi Pengajian Utama Pelajar Malaysia di Maghribi
Morocco
Berikut merupakan senarai institusi pengajian tinggi di Maghribi yang lazimnya menempatkan pelajar dari Malaysia, berserta saluran penajaan dan pengurusan yang berkaitan:
1. Université Mohammed V, Rabat
Saluran: Majoriti penempatan adalah melalui Yayasan As-Sofa.
2. Université Hassan II, Casablanca
Saluran: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
3. Université Ibn Tofail, Kenitra
Saluran: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
4. Université Abdelmalek Essaâdi, Tetouan
Saluran: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
5. Université Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes
Saluran: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
6. Université Al-Qarawiyyin (Fes / Casablanca / Rabat)
Saluran: Yayasan Pahang.
Maklumat Tambahan: Terdapat juga beberapa institusi pengajian (maahad) lain yang bernaung di bawah universiti ini. Antaranya termasuklah Maahad Qiraat di Rabat dan Maahad Mohammed VI (Sadis) di Casablanca.
7. Université Cadi Ayyad, Marrakech
Saluran: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Nota: Tiada Penghantaran pelajar baharu ke institusi ini pada masa kini.

