Nak sambiung belajar di Mesir?

Mesir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat para pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir, berikut adalah tiga perkara utama yang perlu diambil perhatian berkaitan syarat dan laluan kelayakan kemasukan:

1. Tahap Kelayakan Akademik
Terdapat dua laluan utama untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar:
• Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Laluan ini amat digalakkan kerana menawarkan lebih banyak pilihan jurusan di Universiti Al-Azhar.
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Pelajar juga boleh memohon ke Mesir dengan menggunakan SPM sahaja, namun hanya layak untuk mengikuti jurusan ‘Ulum Islamiyah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk melengkapkan STAM terlebih dahulu bagi membuka lebih banyak peluang akademik dan memudahkan pelajar apabila menyambung ke Universiti Al-Azhar.

2. Pengambilan dan Penyelesaian Markaz Lughah (Pembelajaran Bahasa Arab)
Pelajar diwajibkan menyelesaikan pengajian di Markaz Lughah sebelum memulakan pengajian rasmi di Universiti Al-Azhar. Terdapat dua institusi utama yang menawarkan Markaz Lughah:
• Markaz Lughah Syeikh Zayed
• Markaz Lughah di bawah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Untuk menyertai Markaz Lughah, pelajar perlu menduduki Imtihan Qabul – iaitu ujian penilaian bagi menentukan tahap kemasukan (mustawa) yang sesuai. Penentuan mustawa adalah berdasarkan keputusan ujian Imtihan Qabul.
Bayaran untuk mengambil Imtihan Qabul adalah sebanyak RM450. Iklan berkenaan ujian ini akan dikeluarkan melalui platform rasmi seperti

WOAG Malaysia https://www.facebook.com/share/p/1FfDkHAkUh/

atau

Pusat Bahasa Arab USIM https://www.facebook.com/share/p/18iPCUdfFR/ 

Tempoh pengajian bagi satu mustawa adalah sekitar 3 minggu, dan terdapat keseluruhan 7 mustawa dalam sistem Markaz Lughah. Penentuan tahap (mustawa) adalah melalui Imtihan Qabul.

3. Permohonan Rasmi Kemasukan
Setelah selesai urusan akademik dan Markaz Lughah, pelajar boleh memohon kemasukan ke Universiti Al-Azhar melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (Timur Tengah) di pautan berikut:
https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah
————————————

Sirru ‘ala barakatillah.
Semoga segala urusan kalian dipermudahkan dan diredhai oleh Allah SWT.


Sebarang persoalan boleh terus dirujuk kepada Admin melalui Telegram atau WhatsApp:

📞 +601124309771 (amirul)
📱 @amirul

📞 +601126219324 (azeem)
📱 @Ajeem05

📞+60194869401 (irfan)
📱 Irfan Zaidi 🇪🇬

📞+60 133246103 (khalidi)
📱 Khalidi 🇪🇬

CONTACT US

inspirasiilmusarawak@gmail.com

inspirasiilmusarawak@gmail.com