Panduan Pengajian & Pembiayaan di Maghribi (Morocco)

Panduan Pengajian & Pembiayaan di Maghribi (Morocco)

​1. Status Biasiswa & Yuran Pengajian
Biasiswa Penuh:
Pelajar yang mendapat tawaran melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) secara dasarnya menerima "biasiswa penuh" daripada kerajaan Maghribi.

Yuran Percuma:
Hakikatnya, pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam Maghribi adalah percuma untuk semua pelajar (tempatan mahupun antarabangsa).

Elaun Bulanan:
Pelajar akan menerima elaun sekitar 1,500 DH (setiap 2 bulan sekali).

Bantuan Tambahan: Memandangkan elaun kerajaan Maghribi mungkin tidak mencukupi untuk kos sara hidup sepenuhnya, pelajar amat digalakkan untuk memohon zakat negeri masing-masing (seperti Baitulmal) bagi menampung baki keperluan.

​2. Anggaran Kos Sara Hidup (Bulanan)

​Kos adalah subjektif mengikut wilayah dan gaya hidup, namun berikut adalah anggaran kasar dalam mata wang Moroccan Dirham (MAD/DH):


Anggaran Kos Bulanan (DH)

Komitmen Wajib
1,000 DH
Sewa rumah, bil elektrik, air, wifi & dapur.

Perbelanjaan Lain
~500 – 700 DH
Makan luar, pengangkutan & keperluan peribadi.

Jumlah Keseluruhan
~2,000 DH

Lebih Kurang: RM 1000 Sebulan


Nota: Kadar tukaran mata wang adalah sekitar RM1.00 = 2.1 MAD.



​3. Pengiktirafan MQA & Bidang Pengajian
Status MQA: Secara amnya, universiti yang ditawarkan melalui saluran rasmi kerajaan Maghribi adalah diiktiraf oleh MQA.
Bidang Pengajian: * Majoriti: Pengajian Islam dengan pengkhususan khusus (contoh: Usul Fiqh) atau Pengajian Bahasa Arab.

Perkembangan Baru: Terdapat maklumat bahawa pihak Maghribi mula membuka bidang yang lebih pelbagai untuk pelajar Malaysia, namun status pengiktirafan bidang baru ini perlu disemak semula dengan badan berkaitan di Malaysia.

​4. Sistem Pengajian
​Sama seperti perkongsian sebelum ini mengenai UAE atau Jordan, sistem di Maghribi juga banyak menekankan pengajian secara berstruktur mengikut ketetapan universiti masing-masing.

CONTACT US