PANDUAN TERJEMAHAN DOKUMEN PELAJAR SARAWAK
Jordan
TATACARA PERMOHONAN BELAJAR DI JORDAN
📌 Sebelum Permohonan Dibuka
* Terjemahkan Slip Keputusan SPM dan Sijil Lahir ke dalam bahasa Arab.
* Pastikan pasport telah siap dan masih aktif/tempoh sah masih panjang.
* Dapatkan pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Wisma Putra dan Kedutaan Jordan di Malaysia.
📌 Selepas Permohonan Dibuka
* Permohonan dibuat melalui sistem UASFS (https://studyinjordan.jo/isaapp/ISALoginEN.aspx). Untuk makluman, sistem ini menggunakan konsep “first come, first served” memandangkan terdapat kuota tertentu bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Jordan.
* Permohonan dibuat seperti biasa dengan mengisi maklumat yang diperlukan serta memuat naik dokumen-dokumen yang sudah disahkan iaitu terjemahan sijil lahir, terjemahan sijil SPM dan salinan pasport.
* Sebelum menghantar permohonan, bayaran sebanyak 35 JOD (sekitar RM200) perlu dibuat. Bayaran boleh dilakukan melalui aplikasi eFawateer.
* Selepas permohonan dihantar, proses semakan akan dibuat oleh pihak Universiti Jordan , kemudian surat tawaran serta pengesahan pelajar akan dihantar secara rasmi melalui e-mel.
* Bagi pengesahan penerimaan daripada pihak pelajar, akan terdapat prosedur seterusnya yang akan dimaklumkan melalui e-mel tersebut, termasuk urusan pembayaran yuran universiti dan sebagainya.
📌 Selepas Pengesahan Belajar di Jordan
* Sentiasa ikuti perkembangan dan maklumat terkini daripada pihak SIJ bagi mendapatkan info penting berkaitan urusan sebelum berlepas ke Jordan.
* Ikuti juga Program Sambutan Mahasiswa Baharu (SMB) yang dianjurkan untuk menyambut pelajar-pelajar baharu di Jordan. Melalui program ini, pihak persatuan akan membantu dari segi penempatan, taklimat, bimbingan dan lain-lain.
‼️ PENTING ‼️
Pihak Jordan tidak pernah melantik mana-mana agensi atau pihak ketiga dalam sebarang urusan berkaitan kemasukan pelajar ke Jordan.

