PENGUMUMAN PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH (MAGHRIBI) SERTA TAWARAN BIASISWA KERAJAAN MAGHRIBI TAHUN AKADEMIK 2025/2026

Morocco

PENGUMUMAN :
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Maghribi telah menawarkan sebanyak 15 tempat biasiswa kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam di Maghribi dalam bidang berikut:

Pengajian Islam
Bahasa Arab
Sains Perundangan
Pengajian Perubatan
Sains Paramedik
Sains Perniagaan dan Pengurusan
Sains Kejuruteraan dan Teknologi
Sains Agronomi dan Veterinar
Seni Bina

Sehubungan dengan itu, permohonan bagi mendapatkan tempat biasiswa Kerajaan Maghribi ini hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-TimurTengah (Maghribi) yang dikendalikan oleh Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui pautan di bawah:

📍Pautan sistem e-TimurTengah (Maghribi) : https://dohe.mohe.gov.my/morocco/

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membaca dan memahami syarat dan maklumat penting seperti di bawah:

Syarat dan Maklumat penting:

1. Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam semua subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Hanya calon SPM bagi tahun 2024 sahaja yang layak memohon biasiswa ini.

3. Calon akan disenarai pendek berdasarkan semakan keputusan melalui sistem e-TimurTengah (Maghribi).

4. Hanya calon yang disenarai pendek dari sistem e-TimurTengah (Maghribi) akan dipertimbangkan untuk menerima Surat Tawaran dari pihak Kerajaan Maghribi.

5. Untuk makluman, Bahasa Perancis adalah bahasa pengantar utama di kebanyakan institusi pengajian di Maghribi, terutamanya dalam bidang sains, teknikal dan ekonomi. Oleh itu, calon yang diterima masuk ke bidang ini tetapi tidak menguasai bahasa Perancis, diwajibkan untuk mengikuti kursus bahasa Perancis di pusat-pusat yang sesuai (seperti Alliance Française, Pusat Kebudayaan Perancis) di negara asal mereka dalam tahun akademik 2025/2026.

6. Di akhir kursus Bahasa Perancis ini, calon perlu menduduki ujian akhir kursus bahasa. Pelajar yang LULUS ujian tersebut akan dibenarkan untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang ditawarkan oleh Kerajaan Maghribi.
Bagi kursus Bahasa dan Sastera Arab serta Pengajian Islam, ia diajar dalam Bahasa Arab.

7. Calon bagi kursus ini mestilah fasih berbahasa Arab. Kursus Sains Perundangan (Legal Sciences) pula ditawarkan dalam bahasa Arab atau Perancis, mengikut pilihan.

Segala maklumat perlu dibaca bersama dengan dokumen Garis Masa Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Tmur Tengah (Maghribi) bagi tahun 2025/2026..

Tarikh tutup permohonan dalam sistem e-TimurTengah (Maghribi) adalah 2 Jun 2025 jam 5.00 petang.

CONTACT US

inspirasiilmusarawak@gmail.com

inspirasiilmusarawak@gmail.com