PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR SARAWAK KE TIMUR TENGAH
Assalamualaikum WBT.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tabung Baitulmal Sarawak menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pengajian di Timur Tengah, khususnya di Jordan dalam bidang agama.
Antara bantuan yang boleh dimohon adalah seperti berikut:
- Bantuan Pengajian Timur Tengah
- Anugerah Pendidikan Baitulmal
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar serta menyokong kelangsungan pengajian anak-anak Sarawak di Jordan.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah digalakkan untuk membuat permohonan serta meneliti garis panduan yang telah ditetapkan.
Semoga bantuan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan para penuntut ilmu.
Sekian, terima kasih.
.: Kualiti Diangkat, Legasi Dipertingkat :.
#SarawakkuSayang
#StandingInUkhuwwah
#SarawakDarulHana

